Latest Posts

Showing posts with label generasi5. Show all posts
Showing posts with label generasi5. Show all posts


Al-Fateh 2015 !!

Program yg melibatkan alumni MTS batch kelima & pelajar tingkatan 3 dari 4 buah maahad tahfiz sains.

Program mega pertama yg dianjurkan oleh ITQAN (Alumni MTS) dlm usaha utk membentuk dan mempersiapkan peribadi pelajar sebagai huffaz yg berkualiti.

Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan untuk menjayakan program.
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, warga gerak kerja batch telah berjaya menyelesaikan bakisan video sempena hari guru MTSTM yang bakal menjelang.

Sungguh mantap kedua dua video..

jemput tengok





Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. 

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. 

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Assalamualaikum,

Disini ingin admin kongsikan borang untuk murajaah.

Download file tersebut dengan tekan link di bawah ini

https://drive.google.com/open?id=0B2GO1MH5CgXPQVAwdzRhQnRHZnM&authuser=0

Semoga kita terus menjaga kualiti hafazan kita,
Semoga kita dapat mengaplikasikan apa yang dihafaz dalam kehidupan seharian.

Bismillah,
Assalamualaikum :)




MASALAH OH MASALAH!!!

"Kenapa kau perlu hadir dalam hidupku duhai masalah?"

Itulah rintihan hati manusia.

Kenapa perlu bingung dengan masalah?

Sedangkan masalah itu adalah sunnatullah,

Kehidupan yang tidak ada sedikitpun masalah didalamnya adalah bermasalah,

Kerana sesungguhnya dari masalah itulah Allah ingin menguji kita :)

Sesuai dengan firman Allah SWT :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? ; Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” – Al – Ankabut : 2-3

Sehingga datangnya sang ‘masalah’ itu ke hadapan engkau,

Janganlah kau berkata pada Allah bahawa

“Wahai Allah, masalah ku sungguh besar!”

Tapi katakan pada sang ‘masalah’ itu,

"Wahai masalah, aku punya Allah yang Maha Besar!"
Assalamualaikum.
semoga semua sihat rohani dan jasmani ok :)

credit pic : mr. Google

Seringkali kita dengar 'ilmu bukan diukur pada pointer'. Dulu,admin anggap ianya satu pujukan untuk diri bila dapat pointer yang rendah atau tak sampai target. tapi sekarang admin baru tersedar bahawa pointer tidaklah begitu penting. Yang penting sebenarnya adalah soft skill dalam diri masing-masing. Tak guna dapat 4flat,3.9,3.8 tapi nak mendekati masyarakat pun tak mampu (pointer dekan berguna juga untuk mahasiswa/i di bawah pinjaman PTPTN) :D

last but not least,
sentiasa bersemangatlah untuk menuntut ilmu kerana ALLAH
:)


Bismillah,
Assalamualaikum :)


Alhamdulillah,seminggu yang lepas 28hb Februari,pihak MT dan AJK telah bersua muka di Masjid As-Syakirin setelah beberapa bulan hanya berhubung melalui WhatsApp tentang perkembangan Program Mega Maahad Tahfiz Sains (PMMTS).


Disebabkan ini perjumpaan pertama,jadi pembentangan setiap biro kebanyakannya adalah secara anggaran kasar. Sasaran utama PMMTS ialah pelajar-pelajar lepasan PT3 MTS 2015. So,PMMTS dijangka akan diadakan pada bulan November ini. InshaAllah.


 AJK dan fasi adalah dari bekas pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah(MTSTM) dan Kolej Tahfiz Sains Kok Lanas (KTSKL). Masing-masing sanggup turun padang untuk perjumpaan pertama ni.Sebahagian dari AJK adalah dari USIM,UNITEN,UKM,KUIM,KIAS,DQ,UIA and i-City College.


Big Thanks to all of you. Semoga program yang dirancang ni berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat rahmat Allah SWT. Kami mengharapkan doa dari kalian supaya Allah permudahkan urusan kami. Terima Kasih ^_^



InshaAllah blog ini akan sentiasa diupdate dari semasa ke semasa